Business Opportunity

Aimi Management mengalu-alukan peserta kursus dari Aimi Academy bagi menjalankan perniagaan salun dandanan rambut dan kecantikan di bawah mentor Aimi Management, ini sejajar dengan objektif kami untuk meningkatkan jumlah usahawan bumiputera dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan. Kepada yang berminat boleh berhubung dengan pegawai pemasaran kami atau terus ke ibu pejabat Aimi Management untuk mendapatkan maklumat lanjut.

TENAGA KERJA MAHIR DAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI Kami juga mengalu-alukan majikan yang berminat untuk mendapatkan tenaga kerja tetap mahupun penempatan pelajar latihan industri di salun-salun mereka. Kepada majikan yang berminat boleh datang ke ibu pejabat Aimi Academy di Setiawangsa.

PROGRAM PEMBAIKPULIHAN PERNIAGAAN Aimi Academy turut menawarkan program pembaikpulihan melalui kerjasama strategik iaitu salah satu program untuk membantu salun-salun di seluruh Malaysia yang menghadapi masalah dalam perniagaan mereka. Kami akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti latihan keusahawanan, pembaikpulihan perniagaan melalui program pemasaran yang interaktif dan bantuan tenaga kerja mahir. Sila hubungi pegawai kami untuk maklumat lanjut.